Jumaat, 21 Mei 2010

Dashboard

0 comments

Ini adalah Dashboard atau papan luncur.

Alat ini memainkan peranan penting dalam memastikan kenderaan yang dinaiki bergerak dalam keadaan yang selamat.


Hal ini bermakna cukup minyak, kelajuan yang selamat suhu kereta yang sesuai.

Kehidupan kita juga memerlukan papan luncur untuk memastikan kita sentiasa terkawal.

Lantas apakah dashboard atau papan luncur kita?.




Rabu, 5 Mei 2010

Terlambat atau sengaja lambat?

0 comments
Tanpa disedari kita sentiasa berada di dalam situasi tergesa-gesa. Semasa memandu, kita akan berlumba-lumba untuk mendahului pemandu lain. Jarang kita bersedia untuk mengalah dan memberi ruang untuk pemandu lain mendahului kita. Pada hakikatnya, adakah kita betul-betul perlu berebut atau hidup tergopoh- gapah sepanjang masa?

Pada hakikatnya, keadaan tergopoh gapah sebenarnya dicipta oleh kita sendiri. Sekiranya kita sudah merancang aktiviti kita dengan cermat dan berhati-hati serta berdisiplin dalam mematuhi perancangan tersebut, sudah pasti kehidupan harian kita akan lebih teratur.

Mengambil contoh pemanduan, sekiranya kita meninggalkan rumah lebih awal, sudah pasti kita boleh memandu dengan lebih berhati-hati tanpa risau akan terlambat. Hasilnya, kita akan lebih bersedia untuk bertolak-ansur dan mengalah dangan pemandu lain. Dan sikap bertolak-ansur yang telah dibuadayakan di dalam masyarakat keseluruhan sudah pasti akan mewujudkan kehidupan yang lebih tenang dan sejahtera.