Isnin, 31 Oktober 2011

Jarum Kait Satu Kemaskini31/7/2012 (Set Terakhir)

9 comments
Assalamualaikum wb...


2 1 SET SAHAJA- FIRST COME FIRST SERVE
SOLD
Salam semua,

Pada mulanya niat saya cuma nak habiskan satu set jarum kait tambahan yang saya miliki. Sebab tu saya tak simpan stok dan harga tawaran awal pun amat rendah.

Tetapi, memandangkan saya menerima banyak pertanyaan mengenai jarum ni, saya telah mengusahakan untuk dapatkan beberapa set lagi.


Walaubagaimanapun, terlebih dahulu saya minta maaf banyak- banyak. Kali ni, saya terpaksa "revise" harga sedikit. Tetapi, saya jamin masih lagi berbaloi untuk dimiliki.




Tidak termasuk plastik simpanan jarum

12 batang jarum kait aluminium buatan China 2.0-8.0mm



US Size Metric Size
US 0 2.0 mm
-- 2.5 mm
-- 3.0 mm
US 4 3.5 mm
US 6 4.0 mm
US 7 4.5 mm
US 8 5.0 mm
US 9 5.5mm
US 10 6.0 mm
US 10.5 6.5 mm
-- 7.0 mm
US 11 8.0 mm



8mm, 7 mm, 6.5 mm, 6 mm, 5.5mm,


3.5 mm, 3 mm, 2.5 mm, 2 mm

Yang tiada gambar ialah 4 mm, 4.5 mm, dan 5 mm .

Harga:

Set 12 batang jarum ini ialah RM 45.00 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran.)

Set 14 batang jarum ialah RM55.00 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran)
-2.0mm, 2.5mm, 3.0mm, 3.5mm, 4.0mm, 4.5mm, 5.0mm, 5.5mm, 6.0mm, 6.5mm, 7.0mm, 8.0mm, 9.0mm, 10mm.

Kos penghantaran pula ialah pos berdaftar - RM 6; pos laju RM8. RM10


Sekiranya berminat, sila emel saya di maryam.insyirah@gmail.com untuk tempahan.

Anda yang menempah akan dimaklumkan sebaik sahaja barangan sampai. Tempahan adalah berdasarkan "first come first serve". Keutamaan diberikan mengikut giliran email tempahan diterima.

Terima kasih.


(Kemaskini 1/3/2012)
kemaskini 28/3/2012
kemaskini 27/7/2012
kemaskini 31/07/2012

Khamis, 6 Oktober 2011

Crochet Hook- 2 More to go...

0 comments
Assalamualaikum wb...

Stok Jarum 12 batang setakat ni tinggal 2 sebab 1 set dah dihantar dan dah selamat pun diterima oleh yang empunya diri...

Baru sebentar rakan online baru, hantar sms, katanya Set jarum 12 batang dan selamat diterima.

Memang saya terperanjat. Laju betul... Itu barulah dinamakan PosLaju... Mungkin sebab dia duduk di Selangor kot.

Sebenarnya, sebaik sahaja barang sampai kelmarin (Rabu), saya terus buat pembungkusan untuk penghantaran. Alamat dah saya minta awal2 lagi dah. Saya sms kawan ni beritahu barang dah sampai dan bagi terus no akaun. Katanya petang hari seterusnya (semalam, Khamis) baru dia dapat masukkan duit.

Saya cakap kat suami merangkap Unit Penghantaran, saya dah siapkan semua, nanti sebaik sahaja saya dapat sms dari kawan tu, bolehlah dia pos terus. Pejabat Pos tu pun kat tingkat bawah pejabat dia aje.

Tup2, pukul 10 pagi semalam, saya dapat sms dari A (bukan nama sebenar).. :).. Dia dah bank in duit. Saya cek dalam akaun memang dah selamat masuk. Terus saya telefon dear hubby untuk buat penghantaran. Tak dapat dihubungi.. PA lady dari Celcom jer yang jawab bagi pihak....Cuba hubungi hp lagi satu... Pun sama.. Tak boleh dihubungi,...

Alamak.. Macamana ni... Saya dah janji kat A untuk pos sebaik sahaj terima duit. Saya sms pulak dear hubby. Tak lama lepas tu dapat jawapan,

" Tengah meeting"....

Sudah....


Setahu saya pungutan pagi pukul 11. Mungkin boleh kejar yang pukul 2 petang pulak. Telefon lagi pukul 1 tengah hari. Suami kata belum dapat pos lagi sebab dia rushing pulak nak ambik Maryam dari tadika. Yalah.. Memang kasihan lah pulak... Dia pun in-charge Unit Pengangkutan Anak2 jugak.

Lepas tu saya tak berani nak call dah.. Kang telefon lagi, hujung2 saya pulak yang terpaksa poskan sendiri.. :)

Petang tu, sampai je kat rumah, saya sambil sengih2 tanya suami pasal Tracking No. Saja jer tak tanya dah pos ke belum... Suami buat muka serius kata belum lagi...

Tapi, nasib baik lawak antarabangsa jer. Sebaik saya dapat keratan pos tu saya tengok masa pos. Pukul 2.10 petang (Khamis). Nampak gayanya dikira pungutan hari berikutnya lah kot. Saya kira ni berdasarkan maklumat pos semasa saya menguruskan penghantaran Assignment waktu saya belajar balik hari tu.Kalau betul kiraan saya, paling2 pun Sabtu baru sampai. Paling awal pun petang Jumaat.

Tu yang terperanjat sangat bila dapat sms dari A pukul 10.6a pagi tadi yang Set jarum tu dah sampai...

Alhamdulillah, memang rezekinya murah. Dia memang nak sangat jarum tu. Waktu saya tempah dari pembekal saya pun, tak sampai dua minggu saya dah terima dah barang tu.

Apa- apa pun, A ni memang best. Kami pun dah bertukar2 sms hai2.... Harap2nya silaturrahim yang dibina ni akan berkekalan. Dia pun dah tempah beberapa barang lagi dari saya. Nanti dah sampai, saya kongsi lagi kat sini. Mungkin ada yang berminat nak dapatkan juga barang yang sama...

Tunggu... :)

Isnin, 19 September 2011

Pre Order Set Jarum Kait Satu (First Come First Serve

0 comments
Salam semua,

Pada mulanya niat saya cuma nak habiskan satu set jarum kait tambahan yang saya miliki. Sebab tu saya tak simpan stok dan harga tawaran awal pun amat rendah.

Tetapi, memandangkan saya menerima banyak pertanyaan mengenai jarum ni, saya rasa saya boleh tolong usahakan untuk dapatkan beberapa set lagi.


Walaubagaimanapun, terlebih dahulu saya minta maaf banyak- banyak. Kali ni, saya terpaksa "revise" harga sedikit. Tetapi, saya jamin masih lagi berbaloi untuk dimiliki.

12 batang jarum kait aluminium buatan China 2.0-8.0mm



US Size Metric Size
US 0 2.0 mm
-- 2.5 mm
-- 3.0 mm
US 4 3.5 mm
US 6 4.0 mm
US 7 4.5 mm
US 8 5.0 mm
US 9 5.5mm
US 10 6.0 mm
US 10.5 6.5 mm
-- 7.0 mm
US 11 8.0 mm



8mm, 7 mm, 6.5 mm, 6 mm, 5.5mm,


3.5 mm, 3 mm, 2.5 mm, 2 mm

Yang tiada gambar ialah 4 mm, 4.5 mm, dan 5 mm .

Harga set 12 batang jarum ini ialah RM 45.00 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran.)

Kos penghantaran pula ialah pos berdaftar - RM 6; pos laju RM8.

Sekiranya berminat, sila emel saya di maryam.insyirah@gmail.com untuk tempahan.

Anda yang menempah akan dimaklumkan sebaik sahaja barangan sampai. Tempahan adalah berdasarkan "first come first serve". Keutamaan diberikan mengikut giliran email tempahan diterima.

Terima kasih.

p/s: Saya juga nak tahu sesiapa yang berminat untuk set jarum 14 batang;

2.0mm, 2.5mm, 3.0mm, 3.5mm, 4.0mm, 4.5mm, 5.0mm, 5.5mm, 6.0mm, 6.5mm, 7.0mm, 8.0mm, 9.0mm, 10mm.

harga Tawaran saya ialah RM55 satu set (Tidak termasuk kos penghantaran).

Sabtu, 16 Julai 2011

Penanda Buku Manik

0 comments
Penanda buku manik yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu yang gemar membaca...


RM10 sahaja (Tidak termasuk kos penghantaran).

Plier (Stok Terhad)

0 comments

Long Needle Nose Pliers Fit Beading RM 18 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran) hanya 1 unit sahaja.


Curved Bent Nose Pliers Fit Beading RM20 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran). Hanya ada 1 unit sahaja.

Rabu, 13 Julai 2011

Penanda Buku Besi (Cangkuk)

0 comments
Assalamualaikum wb.

Kali ni nak kongsi produk terbaru di pasaran; Penanda buku besi bercangkuk.


Dihiasi dengan rerama kecil pelbagai warna...



Kat hujungnya digantung charm mickey mouse.
Rerama yang comel...

Hanya RM10 sahaja (Tidak termasuk kos penghantaran).

Rabu, 6 Julai 2011

Penanda Buku Riben

0 comments
Assalamualaikum wb.

Inilah produk baru kedai kami; Penanda Buku Riben.


Yang menariknya, penanda buku ni tak mudah nak hilang dari buku sebab ia dibuat supaya lingkaran pertama riben diselitkan di kulit depan buku tersebut.


Penanda buku ni juga boleh menggalakkan anak- anak kita untuk mencintai buku sebab di hujung penanda buku tu digantung dengan pelbagai charm yang comel; Miceky Mous (Edisi Terhad), Love dan Teddy Bear.
Ini dia benda2 yang comel itu.




Riben dia memang cukup panjang. Amat sesuai untuk buku- buku kanak2 yang selalunya bersaiz besar. Buku2 yang saiz biasa pun sesuai juga.


Sesiap yang berminat, harganya cuma RM10 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran). Boleh ditempah dari pelbagai warna riben pilihan; maroon gelap dan kuning (corak bunga), krim (corak polka dot).

Sebarang pertanyaan, tinggalkan pesanan/ email anda di sini atau shout box blog.

Terima kasih.