Khamis, 6 Oktober 2011

Crochet Hook- 2 More to go...

Assalamualaikum wb...

Stok Jarum 12 batang setakat ni tinggal 2 sebab 1 set dah dihantar dan dah selamat pun diterima oleh yang empunya diri...

Baru sebentar rakan online baru, hantar sms, katanya Set jarum 12 batang dan selamat diterima.

Memang saya terperanjat. Laju betul... Itu barulah dinamakan PosLaju... Mungkin sebab dia duduk di Selangor kot.

Sebenarnya, sebaik sahaja barang sampai kelmarin (Rabu), saya terus buat pembungkusan untuk penghantaran. Alamat dah saya minta awal2 lagi dah. Saya sms kawan ni beritahu barang dah sampai dan bagi terus no akaun. Katanya petang hari seterusnya (semalam, Khamis) baru dia dapat masukkan duit.

Saya cakap kat suami merangkap Unit Penghantaran, saya dah siapkan semua, nanti sebaik sahaja saya dapat sms dari kawan tu, bolehlah dia pos terus. Pejabat Pos tu pun kat tingkat bawah pejabat dia aje.

Tup2, pukul 10 pagi semalam, saya dapat sms dari A (bukan nama sebenar).. :).. Dia dah bank in duit. Saya cek dalam akaun memang dah selamat masuk. Terus saya telefon dear hubby untuk buat penghantaran. Tak dapat dihubungi.. PA lady dari Celcom jer yang jawab bagi pihak....Cuba hubungi hp lagi satu... Pun sama.. Tak boleh dihubungi,...

Alamak.. Macamana ni... Saya dah janji kat A untuk pos sebaik sahaj terima duit. Saya sms pulak dear hubby. Tak lama lepas tu dapat jawapan,

" Tengah meeting"....

Sudah....


Setahu saya pungutan pagi pukul 11. Mungkin boleh kejar yang pukul 2 petang pulak. Telefon lagi pukul 1 tengah hari. Suami kata belum dapat pos lagi sebab dia rushing pulak nak ambik Maryam dari tadika. Yalah.. Memang kasihan lah pulak... Dia pun in-charge Unit Pengangkutan Anak2 jugak.

Lepas tu saya tak berani nak call dah.. Kang telefon lagi, hujung2 saya pulak yang terpaksa poskan sendiri.. :)

Petang tu, sampai je kat rumah, saya sambil sengih2 tanya suami pasal Tracking No. Saja jer tak tanya dah pos ke belum... Suami buat muka serius kata belum lagi...

Tapi, nasib baik lawak antarabangsa jer. Sebaik saya dapat keratan pos tu saya tengok masa pos. Pukul 2.10 petang (Khamis). Nampak gayanya dikira pungutan hari berikutnya lah kot. Saya kira ni berdasarkan maklumat pos semasa saya menguruskan penghantaran Assignment waktu saya belajar balik hari tu.Kalau betul kiraan saya, paling2 pun Sabtu baru sampai. Paling awal pun petang Jumaat.

Tu yang terperanjat sangat bila dapat sms dari A pukul 10.6a pagi tadi yang Set jarum tu dah sampai...

Alhamdulillah, memang rezekinya murah. Dia memang nak sangat jarum tu. Waktu saya tempah dari pembekal saya pun, tak sampai dua minggu saya dah terima dah barang tu.

Apa- apa pun, A ni memang best. Kami pun dah bertukar2 sms hai2.... Harap2nya silaturrahim yang dibina ni akan berkekalan. Dia pun dah tempah beberapa barang lagi dari saya. Nanti dah sampai, saya kongsi lagi kat sini. Mungkin ada yang berminat nak dapatkan juga barang yang sama...

Tunggu... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan