Isnin, 25 Oktober 2010

Siri Mudah Belajar dan Mengajar Bahasa Arab

0 comments

Siri Mudah Belajar dan Mengajar Bahasa Arab Al- Baghdadi RM28.90

Siri Cerita Pendek Dalam AL-Qur'an

0 comments


Siri Cerita Pendek Dalam Al-Qur'an untuk Kanak- kanak & Dewasa RM29.90

Siri 25 Kisah Rasul, Menarik untuk Hadiah

2 comments
Salam semua...

Kali ni saya nak bercerita pasal set buku kanak2 yang menarik untuk kanak2 mahupun kita yang dewasa.

Sebenarnya suami saya lama dah belikan set ni untuk Fatihah. Tapi yang sebenarnya dia sendiri yang nak baca.. he he....


Siri Kisah 25 Nabi ni terdiri dari 24 buah buku mengenai 25 Nabi- Nabi.
1.Nabi Adam AS Bapa Manusia
2. Nabi Ibrahim AS Kebal Dijilat Api
3. Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub A.S yang Luar Biasa
4. Nabi Musa AS dan Rahmat Tuhan
5. Nabi Syuib AS dan Kaum Madyan
6. Nabi Zulkarnain AS Membina Tembok Besi
7. Nabi Ayub A.S Dengan Kesabarannya
8. Nabi Idris AS dan Nabi Ayub AS
9. Nabi Ismail AS Rela Disembelih
10. Nabi Nuh AS dan Bahteranya
11. Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun
12. Nabi Zulkifli AS Berpegang Teguh Pada Janji
13. Nabi Harun AS Pendakwah Terbilang
14. Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa' Yang Penyabar
15. Nabi Lut AS dan Kaumnya
16. Nabi Soleh AS dengan Unta Ajaibnya
17. Nabi Yusuf AS Gemilang Takwanya
18. Nasihat Luqman AS kepada Anaknya
19. Nabi Hud AS dan Ribut Taufan
20. Nabi Isa AS dan Mukjizatnya
21. Nabi Musa AS Berguru dengan Nabi Khidir AS
22. Nabi Sulaiman AS Raja yang Adil
23. Nabi Zakaria AS yang Doanya Diterima Tuhan
24. Rasulullah SAW dengan Suraqah bin Malik


Yang saya suka mengenai siri ni ialah ia menggunakan pendekatan yang menarik untuk mencuri perhatian anak2 untuk mendekati dan membacanya. Sebagai contoh;




Pelbagai ilustrasi yang berwarna- warni di setiap muka surat.


Bantuan untuk memahami perkataan sukar di bawah setiap muka surat,



dan Segmen Pengajaran pada setiap penghujung buku untuk kesimpulan yang mudah difahami.


Untuk 24 buku, harga RM99.90 saya rasa boleh dikatakan berbaloi-baloi... Saya boleh membantu anda mendapatkan buku ini sekiranya berminat.....

Melentur buluh biar dari rebungnya... :).. Tapi kalau dah jadi buluh macam saya pun masih belum terlambat... :) Banyak yang saya belajar dari buku anak2 saya...

Salam...

Ahad, 24 Oktober 2010

AKhirnya...

0 comments
Hujung minggu lepas saya telah melancar kedai online saya yang saya namakan Kedai Online Fatihah. Setakat ini saya menawarkan perkhidmatan membeli buku dan cd MAher Zain

Sebenarnya ini merupakan usaha saya untuk memanfaatkan masa dan kemudahan yang ada.

Pada mulanya saya nak guna satu blog jer iaitu blog Usrah Fatihah untuk ruang kedai. Dan saya peruntukkan satu page khas untuk kedai. Tapi bila fikir2 semula, entri2 saya mengenai jualan akan masuk ke dalam arkib dan akan menyukarkan rujukan produk. Pada masa yang sama, ruang pada page pulak amat terhad.

Fikir dan fikir dan fikir, saya teringat dengan blog ni yang saya dah hentikan operasi hari tu. Jadi, timbul pulak idea saya untuk manfaatkan ruang ni untuk ruang kedai saya. Jadi senang nak rujuk dan lebih teratur.

Promosi akan tetap dibuat di blog Usrah Fatihah kerana ia juga merupakan salah satu dari catatan kehidupan saya. Tetapi blog ni pula merupakan tapak kedai untuk menyimpan stok jualan.

Harap berjaya.. Insya'Allah... :)

Rabu, 6 Oktober 2010

Salam

0 comments
Pada mulanya saya merancang untuk mengkategorikan entri saya kepada dua blog; untuk catatan kehidupan dan satu lagi untuk yang lebih serius dan ilmiah (berbahasa inggeris). Tetapi ternyata setakat ini saya lebih selesa untuk mengemaskini satu blog sahaja iaitu blog saya yang lagi satu di sini.

Jumpa di sana....