Isnin, 25 Oktober 2010

Siri 25 Kisah Rasul, Menarik untuk Hadiah

Salam semua...

Kali ni saya nak bercerita pasal set buku kanak2 yang menarik untuk kanak2 mahupun kita yang dewasa.

Sebenarnya suami saya lama dah belikan set ni untuk Fatihah. Tapi yang sebenarnya dia sendiri yang nak baca.. he he....


Siri Kisah 25 Nabi ni terdiri dari 24 buah buku mengenai 25 Nabi- Nabi.
1.Nabi Adam AS Bapa Manusia
2. Nabi Ibrahim AS Kebal Dijilat Api
3. Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub A.S yang Luar Biasa
4. Nabi Musa AS dan Rahmat Tuhan
5. Nabi Syuib AS dan Kaum Madyan
6. Nabi Zulkarnain AS Membina Tembok Besi
7. Nabi Ayub A.S Dengan Kesabarannya
8. Nabi Idris AS dan Nabi Ayub AS
9. Nabi Ismail AS Rela Disembelih
10. Nabi Nuh AS dan Bahteranya
11. Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun
12. Nabi Zulkifli AS Berpegang Teguh Pada Janji
13. Nabi Harun AS Pendakwah Terbilang
14. Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa' Yang Penyabar
15. Nabi Lut AS dan Kaumnya
16. Nabi Soleh AS dengan Unta Ajaibnya
17. Nabi Yusuf AS Gemilang Takwanya
18. Nasihat Luqman AS kepada Anaknya
19. Nabi Hud AS dan Ribut Taufan
20. Nabi Isa AS dan Mukjizatnya
21. Nabi Musa AS Berguru dengan Nabi Khidir AS
22. Nabi Sulaiman AS Raja yang Adil
23. Nabi Zakaria AS yang Doanya Diterima Tuhan
24. Rasulullah SAW dengan Suraqah bin Malik


Yang saya suka mengenai siri ni ialah ia menggunakan pendekatan yang menarik untuk mencuri perhatian anak2 untuk mendekati dan membacanya. Sebagai contoh;




Pelbagai ilustrasi yang berwarna- warni di setiap muka surat.


Bantuan untuk memahami perkataan sukar di bawah setiap muka surat,



dan Segmen Pengajaran pada setiap penghujung buku untuk kesimpulan yang mudah difahami.


Untuk 24 buku, harga RM99.90 saya rasa boleh dikatakan berbaloi-baloi... Saya boleh membantu anda mendapatkan buku ini sekiranya berminat.....

Melentur buluh biar dari rebungnya... :).. Tapi kalau dah jadi buluh macam saya pun masih belum terlambat... :) Banyak yang saya belajar dari buku anak2 saya...

Salam...

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ummufatihah,

    semoga sihat hendaknya... saya berminat lah nak dapatkan set buku siri kisah 25 rasul nie..Dah mintak anak sedara carikan kat perak tapi blm jumpa katanya..saya sendiri tak bole nak mencari sebab tinggal kat luar negara sekarang nie.. I've googled & terjumpa lah page ummufatihah nie...;-) so, kalau lah saya bole beli menerusi ummufatihah & minta poskan ke Perak (nanti family saya poskan ke jepun nie...;-)...) saya rasa bersyukur sangat... apa2x nanti ummufatihah reply ke email saya ni aje (umiecyber@yahoo.com) ... saya jarang update & bukak blog...;-) terima kasih atas response nya nanti..;-)

    BalasPadam
  2. Alaikumsalam Umie,

    Ameen, terima kasih atas doanya...

    Saya akan cuba dapatkan maklumat dari pembekal sama ada masih ada stok lagi tak. Saya akan hubungi Umie terus melalui e-mel yang diberikan kat sini ya... Umie boleh juga hubungi saya melalui maryam.insyirah@gmail.com.

    Terima kasih ya sebab berziarah ke sini.

    BalasPadam