Ahad, 24 Oktober 2010

AKhirnya...

Hujung minggu lepas saya telah melancar kedai online saya yang saya namakan Kedai Online Fatihah. Setakat ini saya menawarkan perkhidmatan membeli buku dan cd MAher Zain

Sebenarnya ini merupakan usaha saya untuk memanfaatkan masa dan kemudahan yang ada.

Pada mulanya saya nak guna satu blog jer iaitu blog Usrah Fatihah untuk ruang kedai. Dan saya peruntukkan satu page khas untuk kedai. Tapi bila fikir2 semula, entri2 saya mengenai jualan akan masuk ke dalam arkib dan akan menyukarkan rujukan produk. Pada masa yang sama, ruang pada page pulak amat terhad.

Fikir dan fikir dan fikir, saya teringat dengan blog ni yang saya dah hentikan operasi hari tu. Jadi, timbul pulak idea saya untuk manfaatkan ruang ni untuk ruang kedai saya. Jadi senang nak rujuk dan lebih teratur.

Promosi akan tetap dibuat di blog Usrah Fatihah kerana ia juga merupakan salah satu dari catatan kehidupan saya. Tetapi blog ni pula merupakan tapak kedai untuk menyimpan stok jualan.

Harap berjaya.. Insya'Allah... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan